Thursday 30 May 2013

Trip ke National Museum, Royal Palace & Silver Pagoda, Phnom Penh, CAMBODIA



Ini merupakan National Museum Phnom Penh. Dibangunkan pada tahun 1917, Museum Nasional Seni direka oleh arkitek Peranchis yang terkenal. Ianya direka dengan rekaan tradisional dengan beratao kan Merah. Museum Nasional Seni adalah satu-satunya museum yang mempunyai pelbagai artifak sejarah dan artistik dari era ini. Dianggarkan 14,000 item yang meliputi barang-barang sejarah seperti ceramik, patung dan lukisan seni. Museum ini juga penting sebagai pusat keagamaan. Ia mempunyai koleksi besar patung Hindu dan Budha dan gambar. Di antaranya adalah pernah terkenal Pasca-Angkorian.









Permandangan dari luaran National Museum Phnom Penh. Kawasan di luar agak menarik dan dijaga dengan baik. Warna merah museum itu mmg sangat mempersonakan untuk dijadikan warna museum..









Gambar di atas antara khazanah yg terdapat di dalam museum ini. Actually xbole snap gamor dlm ni tapi apakan daya tangan ni nk gak snap hehe..









Gambaran di atas merujuk kepada persekitaran dalam national museum ni. Ada sedikit kolam yang ada ikan n teratai. Kita bole lihat Monk tgh lepak di tepi teratai layu di tasik madu sambil memberi ikan makan.































Royal Palace or Istana kerajaan ini mempunyai rekaan yang menaik. Royal Palace di Phnom Penh juga merupakan komplek istana kerajaan paling indah di Kamboja dan bentuknya agak mirip dengan Royal Palace yang ada di Bangkok, Thailand.Tidak hanya terdapat istananya saja, tetapi ada juga Silver Pagoda sekali



Bendera yang dipasang tu menunjukkan Raja berada di Istana ketika itu. Itu yang aku paham dan dengar aritula.

Tips :

1) kedudukan lokasi antara satu sama lain adalah sangat dekat dan masih berada di bandar phnom penh.
2) National Museum Opening hours adalah 8.00am until 5.00pm setiap hari dan Admission costs are $5 for foreign visitors, 500 riels for Cambodians.
3) National Museum guided tours can be arranged untuk individu or groups dan Tours mempunyai bahasa Khmer, English, French and Japanese dan one hour group tour costs $3.
4) The Royal Palace dibuka 8:00AM-11:00AM & 2:00PM-5PM dan bayaran USD6 Termasuk dengan dua magnificent pagodas in the Palace Grounds, the Silver Pagoda and the Temple of the Emerald Buddha



Adios...Mr Greenlatio was here ;)

Tuesday 28 May 2013

Trip ke Tuol Sleng Genocide Museum (S-21), Phnom Penh, CAMBODIA







Emm... Gila x gila aku buat post ni tengah malam. Padahal plan nk buat entry pasal royal Palace dulu.Entahla tetiba ja ...

Okey. Gambar di atas adalah entrance ke Tuol Sleng ni. Dari jauh seperti bangunan sekolah lama yang biasa. Tapi sebaik sahaja masuk ke dalam perkarangan ini keadaan agak sunyi sepi walaupun ada ramai orang. Di sinilah di mana kekejaman Pol Pot... aura kengerian yang luar biasa dirasai di kawasan ini. Inilah penjara Tuol Sleng, tempat Pol Pot menangkap musuh-musuh politiknya, serta menyiksa ribuan rakyat Kemboja yang tidak berdosa.So jika anda xmampu atau lemah semangat adalah lebih baik tidak membaca entry ini.



Inilah si Pol Pot tu...its time to curse him #%€£^*+#%^*!? ... Siapakah ini Pol Pot. Jom mengenali durjana ini. Siapa Pol Pot? Bagi yang tak tahu, Pol Pot atau nama sebenarnya Saloth Sar ialah ahli revolusi, pengikut pemimpin komunis China, Mao Tse Tung (Maoist), bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Kemboja yang memimpin rejim Khmer Rouge dari 1963 hingga 1998.Walaupun hanya menjadi Perdana Menteri selama tiga tahun, dasar pemerintahan kuku besinya menyebabkan kematian 800,000 hingga tiga juta rakyat negara itu iaitu lebih 20 peratus populasi penduduk Kemboja, sama ada ketika menjadi buruh paksa di ladang-ladang yang dibukanya, akibat kebuluran atau dihukum mati.

Pada 1975, Partai Komunis Kemboja mengambil alih kekuasaan, dan kemudian Kamboja menjadi republik komunis dengan nama Kamboja Demokratis (Democratic Kampuchea), dengan Pol Pot sebagai Perdana Menteri. Sejak itulah ia mulai menerapkan perubahan sosialis terhadap negara tersebut.

Selain itu, rezim Pol Pot sangat kritis terhadap lawannya dan mereka membunuh ribuan politician serta pegawai kerajaan sementara Phnom Penh berubah menjadi kota hantu yang penduduknya banyak meninggal akibat kelaparan, penyakit dan pembunuhan

Selama empat tahun berkuasa, rezim Khmer Rouge—di bawah pimpinan Pol Pot—telah mengakibatkan terbunuhnya dua juta rakyat Kamboja. Setelah rezim itu dijatuhkan karena pengkhianatan pada 1979, Pol Pot ditangkap dan dijadikan tahanan seumur hidup hingga saat kematiannya. Ia meninggal pada 15 April 1998, dalam usia 69 tahun, dan mayatnya kemudian dibakar. Okla enough pasal Pol Pot ni.













Ini merupakan gambaran persekitaran Tuol Sleng yang merupakan tempat "sekolah Tuol Svay Prey Secondary School". Setiap blok mempunyai 3 tingkat dimana dijadikan sebagai Penjara dan Tempat Siasatan para Tahanan. Blok ini diberi nama A, B, C, D dan semuanya memiliki cerita kelam tentang kekejaman Pol Pot. Khmer Rouge mengganti namanya menjadi "Penjara Keamanan 21" atau "Kompleks (S-21)" dan sekeliling bangunan ditutupi dengan Kawat Berduri dan Setiap Kelas diubah menjadi Penjara kecil untuk Ruang Penyiksaan, dan semua Tingkap ditutup dengan Jeriji Besi dan Kawat Berduri untuk mencegah tahanan lari dari tempat tersebut. Jika perasan di luar bangunan sekolah ini adalah kawasan tempat tinggal. Emm mcamana meka boleh tinggal di kawasan ini . Padahal Aku ada terbaca artikel tempat ini antara 10 tempat yg menyeramkan di dunia selain Colleseum Itali, Penjara Alcatraz USA, Catacombe Paris dan Pulau Boneka( La Isla de Munecas ) di Mexico.

















Gambar di atas pula gambaran dalaman blok sekolah setiap bangunan. Kita bole lihat sebahagian kelas dijadikan penjara tahanan yang hanya dibina kecil sahaja seperti shower room . Penjara kecil ini sangat sempit.Perkarangan balkoni pula dilengkapi dawai berkawat utk memastikan tawanan x melarikan diri. Kita juga boleh lihat katil digunakan untuk penderaan ok bknnya katil untuk tidur huhu...Selain itu juga untuk ke kelas sebelah dibuat lubang yg xbegitu cantik hasil binaanya bagi memudahkan mereka mengawal tawanan sepanjang lantai itu. Yg scarynya kawasan ini mmg dalam keadaan yg kotor dan still ada originalitynya. So maintenance xdiperlukan sangat untuk mencuci blok ini supaya hasil tinggalan ini mampu dilihat oleh semua orang.

Mereka tidur di lantai tanpa apa2 dan dilarang bercakap satu sama lain. Hari-hari mereka di penjara mulai pada pukul 4:30 pagi ketika tahanan diperintahkan untuk membuka pakaian mereka untuk diperiksa. Para penjaga memeriksa untuk melihat apakah gari itu longgar atau jika tahanan memiliki benda tersembunyi yang mereka bole gunakan untuk bunuh diri. Para tahanan dapat makan satu mangkuk kecil bubur nasi dan sup dua kali sehari. Jika Minum tanpa meminta izin penjaga akan mengakibatkan mereka dipukul







Gambar di atas merupakan antara jenis-jenis penderaan yang dilakukan kepada rakyat kemboja sendiri. Jika dilihat kekejaman ini sangat melampau dilakukan pada manusia. Info juga menyatakan tiga minoriti terbesar, kaum muslim Vietnam, China, dan Cham, bersama-sama dengan dua puluh kumpulan yang lebih kecil yang lain, dibunuh. Mereka juga memaksa umat Islam untuk makan babi dan menembak mereka yang ingkar pada kehendak mereka.




1)You must answer accordingly to my question. Don’t turn them away (jawapan harus ikut pertanyaan. Jangan sampai xjawab)
2)Don’t try to hide the facts by making pretexts this and that, you are strictly prohibited to contest me (jangan mencoba menyembunyikan fakta dan Menentang adalah dilarang keras)
3)Don’t be a fool for you are a chap who dare to thwart the revolution (jangan bertindak bodoh dengan menentang revolusi)
4)You must immediately answer my questions without wasting time to reflect (Pertanyaan harus cepat dijawab, jangan membuang masa)
5)Don’t tell me either about your immoralities or the essence of the revolution. (Jangan menceritakan tentang moral atau maksud revolusi)
6)While getting lashes or electrification, you must not cry at all (Dilarang menangis ketika disebat atau dielektrik)
7)Do nothing, sit still and wait for my orders. If there is no order, keep quiet. When I ask you to do something, you must do it right away without protesting (dilarang melakukan apa pun. Tetap duduk diam dan tunggu arahan. Jika tidak ada arahan just diam. Jika diminta melakukan sesuatu, lakukan segera tanpa membantah)
8)Don’t make pretext about Kampuchea Krom in order to hide your secret or traitor (dilarang membuat dalih tentang Kampuchea Krom untuk menyembunyikan rahsia atau pengkhianat)
9)If you don’t follow all the above rules, you shall get many lashes of electric wire (jika melanggar semua peraturan akan mendapatkan banyak sebatan dan kawat elektrik)
10)If you disobey any point of my regulations, you shall get either ten lashes or five shocks of electric discharge (setiap pelanggaran terhadap satu poin peraturan, dikenakan 10 kali sebatan atau 5 kejutan elektrik)

Jika dilihat peraturan bodoh yg dibuat di atas memang xda orang akan survive. Mksudnya meka tu mmg dh jadi hobi utk mendera tahanan kat situ. Tujuan asal si Pol Pot ni senang ja dia nk buat negara yg nak semua orang ikut cakap dia n aturan dia. Thats y semua golongan cerdik pandai seperti org berpendidikan seperti politician, guru, doktor dan kakitangan kerajaan ramai beserta ahli keluarga dibunuh supaya rancangan dia akan sukses.

***terjemahan aku agak fabulous disitu..so rujuk yg bahasa inggeris jika anda konpius okeyy..





















Gambar di atas bukti mangsa yang telah dijadikan tahanan dan terkorban beserta gambar tahanan yang mati diseksa.

Tips :
1) Pastikan menjaga tingkalaku di kawasan ini bagi memghormati kawasan ini.
2) jiwa kena kental dan x lemah semangat untuk masuk ke tempat ini supaya anda tidak traumatize.
3) bacalah doa apa yang patut
4) entrance fee USD 2

*** Emm... Aku masuk setiap pelusuk dalam setiap bangunan dan kelas tanpa perasaan... Dengan tujuan nk tengok dan amik gambar ja ...Setelah aku balik hotel aku tgk balik gambar2 yg aku telah snap barulah timbul mcm2 perasaan huhu..