Friday, 24 May 2013

Trip ke Phnom Penh, CAMBODIA







Finally menjejak kaki juga ke Kingdom of Cambodia ni setelah byk aral melintang n drama drama drama kwan2 hahaha..seolah cerita dongeng but it true hollywood story huhu..

Kali ini phnom penh kawasan yang dilawati..





Setibanya di aiport phnom penh (PP) agak ok gak aiport..cantik dan seperti baru walaupun xbaru sangat. Lawatan kali ini aku ada banyak masa study and atur jadual perjalanan ku sbb dh bbrp kali xjadi pergi kann..



Matawang digunakan di sini lebih kepada USD dari Riel meka. riel tu diberi kalu utk duit balance or duit kecik ja. So lebih baik gunakan USd utk setiap urusniaga. Kalu ada lebih oleh jual balik USD







Kuar ja dari aiport ada perkhidmatan taxi iaitu USD9 dan Tuk Tuk USD7..nak amik kat luar pun ada gak tuk tuk menunggu. Asalkan nak nego ja. Aku malas nk naik tuk tuk sbb cuaca seperti yg aku baca kat blogger2 lain kata sangat panas n berdebu. Lagipun ari aku sampai tu bole hujan lak. Driver aku ckp lama dh xujan n aritu baru ujan. So sgt xsesuai la nk naik tuk tuk time tu.



Kepenatan melanda so target utama adalah untuk sampai hotel ja dulu. Keadaan di jalan PP ni mcm di thailand sbb ada byk tuk tuk tapi kesesakan dia serupa itu Ho Chi Minh. Tapi rasanya thailand vs vietnam compare to cambodia yg agak ketinggalan sikit dari sudut ekonomi. Bila melihat negara Cambodia ni mmg rasa kesian betapa susahnya idup diorang ni. Dari zaman kekejaman dulu sampai skrg still susah idup meka ni.





Driver taxi aku ni sangat bagus omputeh nya. So xdala oh my english hehe. Then isu komunikasi xjd masalah. So dia pun offer la pegi semua tempat yg femes di PP utk USD50. Mmg agak mahal sikit la dgn sumber2 yang aku baca. So aku pun rejectla walaupun kesian dgn dia. Sbb meka betui2 susah n nak tambah side income. Dia pun xda la pushy sangat so tu yg aku suka sikit. Last sekali dia bukak mulut bagi USD40 n sekali dengan penghantaran ke aiport sekali. Pegi aiport td pon dh USD9 so tour tadi adalah 30Usd ja. Aku pun stuju je la. Sbb aku dh malas nk pikir lgpun affordable. N semua tempat yg aku dh listkan semua dia setuju pergi. Sebelum aku nk masuk hotel dia siap ucap TQ sbb amik ngan dia wlpn blm mula perjalanan g n dia ckp harap aku x cancel sbb umah dia jauh nak ke hotel. Propa x propa mmg jelas kejujuran di wajah dia. Nampaknya hati kejam aku jd lembut hahahah.

Lupa bgtau aku samapai ke PP ni dh petang pukul 5. Elok2 flight aku pagi tetiba dengan kuasa Veto Air Asia ni ubah jadual baru iaitu satu flight ja petang xda g pagi. Target aku pagi tu so byk g tempat aku boleh explore mcm central n & russian market yg tutup pukul 5 ptg.







Aku lepak di lebiz hotel. Tujuan amik sbb dekat dengan central market ni n review pun ok. Konsep hotel mm boutique hotel p extra ada library. Library tu korang bole pinjam buku n dvd kat situ. Aku tgk sejemput ja DVD dia. Lagi byk stok aku hahahaha riak..Hhotel ni provide bfast.tapi huhu xda apa2pon.









Gambar blik yang aku lepak. Ok and sedang besar. Tv pun ok byk siaran international tmasuk RTM nyer siaran. Konpius bole tangkap kat cambodia ni. Toilet pon luas n not bad..yg penting selesa dan bersihhhh.





So lepas aku recharge kejap aku pun jalan2 area central market situ sambil mencari kedai makan halal huhu. Apu nak jln sini mata kena alert byk penjuru. Kenderaan sukati FAMA diorang ja. Kalu jenis kuat berangan masa melintas jalan confirm dah goodbye my love huhu. Susahnye nk jalan kaki sini. Sbb kawasan pejalan kaki diorang digunakan utk parking keta owner kedai. Bole lak camtu. So org yg beralan kaki tpaksa masuk ke jalan sikit. Dahla moto n kereta jenis nk langgar orang ja. Serious memang sangat crowd d jalan raya.







Perut dah mula lapor. Baru bberapa tapak aku dh nampak Secret Recipe. For those yg xtau Secret Recipe ni produk Malaysia n Halal..So jalan g sbb ada bbrp kedai makanan halal yg aku dh kenalpasti area situ. Jalan g then jumpa KFC halal. Kat oversea jarang la xpenah la jumpa KFC halal. Korang jgn sukati rembat ja KFC di oversea sbb kandungan dia xsama. Kalu banjo pon ada tambahan bacon non halal k.so berhati2. Sbb aku teruja jumpa KFC ni n nak merasa kfc cambodia ni aku pun melahap di situ. Emm rasanya sama jer sbb standard ingredient dr colonel kan. Tp sedap g kat malaysia kot sbb coselaw dia mcm kering sikit. Harga lebih kurang or mayb mahal sikit jer. Mcm biasa kat oversea jgn lokek mkn yg mahal sekali sekala. Asal halal. Sbnrnya atas KFC ni ada hotel. Asia Hotel. Ramai gak rakyat malaysia stay sini. Lgpun dekat ngan central market gak.Lepas melantak aku pun g ke central market tu. Kedai mmg dh tutup. Yg bukak di bahagian luar ja. Tu pn dh mula nk berkemas. Mmg dh rugi satu hari gara2 air asia. Nothing to explore g. Aku tgh gigih mencari kedai makan malaysia D Nyonya. Sbb malam sgt xbrp nampak n dgn keta n moto yg banyak makin menyukarkan pandangan mata. Esok pagi baru nampak kdai ni padahal aku dh lalu n senang ja.mgkin sbb gelap malam n ganguan kenderaan n manusia yg lalulalang so terlepas pandang.





Malam makan kfc. Bfast next morning selepas kecewa bfast di hotel g ke secret recipe.nyummy..nak gak makan masakan malaysia nasi lemak...



*** Iklan Malaysia jap ketika proses menulis trip ni..aku tgh tunggu standby utk dptkan flight lebih awal dari tiket asal aku.flight asal pkul 3pm so aku nk try selit pukul 2. Yg bestnya meka bagi tiket n cnfirm kita dapat dh satu lebih. So aku bekejarla ke gate A7.dengan berlari anak aku ala2 amazing race.setiba saja di gate A7 yg jauh hujung dunia tu tgk xda manusia.dohhh xkan kna tinggal baru 1.30pm. Then aku tanya akak MAS situ.dia ckp gate dh ubah ke B2. Ya ampun nk ke arah B tu korang kena ke blok sebelah g nmelawan arus lagi dan sangat jauh. Kaki aku dh mcm nk tercabut tp still manage ke situ pukul 1.40 .. Jauh x jauh dekat 10 minit gak berjalan pantas tu...so menyumpah dlm ati je la... ****

So sambung balik terus meronda di kawasan situ. Seriously dress code mmg agak obvious aku adalah pelancong. Padahal aku just pakai cap,jeans n tshirt ja. Meka agak besederhana. Kesian tgk kehidupan meka compare dgn kita d malaysia. Tp yg penting meka berusaha n rajin bekerja cuma kerjaan pimpinan meka skrg agak terok. Itu kata2 dari driver aku yg byk becerita hal politik. Meka kat cambodia xbole ckp hal politik secara open or akan kena tangkap walaupun sistem demokrasi. So skrg dgr kerajaan nk block facebook supaya suara rakyat xsampai ke smua rakyat. Sekurangnya kita masih bebas utk memberi pendapat di media n internet. Anuar ibrahim driver tu pn kenai..but seriously korupsi berleluasa. Kalu g komplen dgn polis psl keta ilang ka apaka polis akan minta rasuah secara terang2 n siap demand jumlah. Kalu xbayar kes tu akan lama la nk setel. Gitula kesahnya..terlebih lak hal politik. Kang xpasal2 blog aku kena hahaha.

Tips :

1) Cuaca sangat panas ya amat. gunalah pakaian sesuai dengan cuaca dan pastikan sentiasa bawa mineral water utk elak dehydrate.
2) bawa botol mineral utk ke toilet utk tujuan pembersihan huhu
3) Makanan halal senang dicari n bole google yer. Citarasa malaysia pn byk
4) Pilihla hotel berdekatan dengan tempat shopping supaya senang berulang alik byk kali dengan jalan kaki je.
5) Pilihan tour kbykn semua sama n kbykn semua dalam phnom penh kecuali killing field kuar sikit dari city .40 min by taxi or tuktuk .So better g sendiri n susun sendiri tour anda. Jimatttt.Tempat lawatan wajib g Tuol Sleng Genocide Museum,Killing Fields of Choeung Ek, Pasar Russia, Central Market, Tugu Kemerdekaan, Mekong River Cruise.
6) harga utk tour ikut dengan kebolehan anda nego. Naik tuk tuk lebih murah tapi asalkn tahan dengan cuaca panas dan berhabuk. naik taxi mahal sikit sbb petrol meka mahal n beli dgn petronas kita hehe.
7) Utk lebih adventure bole ke siem riap naik bas dlm 5 jam kot n ole tgk view n khidupan rakyat.kalu naik flight mmg kejap tp hanya nampak awan yg berarak mendung kelabu je la.
8) tukarlah RM anda kepada USD
9) kena tawar menawar di smua market. Target barang yang ingin dibeli n tawar d kedai A hingga dia xmampu nk turunkn harga lagi. So kita dh tau final price dia. So pegi ke kedai B utk ktem sama try turunkan sikit untuk final price td utk cuba nasib g. Kalu berjaya gak turun sikit so anda mmg hebatttt.. Kalu xberjaya jgn xbeli pulak barang tu. Hampehh lak xbeli hahaha.

Updatez :

Tambahan untuk makanan halal. Info diperolehi dari komen pengunjung. Check it out...

https://www.facebook.com/WauRestaurantCambodia

Wau Restaurant serve Malaysian and Cambodian food (HALAL).
Our restaurant located at Phnom Penh : New York Hotel {Ground Floor ), No 256 Monivong Blvd, Phnom Penh, Cambodia
(Hp : +855 081 88 7090 ).
We also have branch at Siem Reap : Angkor Shopping. Arcade, #E09 National Road No.6, Siem Reap, Cambodia
( Hp : +855 016 673 211/ +855 096 2 5555 81) or also can email to us at ( wau_restaurant@yahoo.com ) —


































1 comment:

Tengku Ahril パラダイス said...

https://www.facebook.com/WauRestaurantCambodia

Wau Restaurant serve Malaysian and Cambodian food (HALAL).
Our restaurant located at Phnom Penh : New York Hotel {Ground Floor ), No 256 Monivong Blvd, Phnom Penh, Cambodia
(Hp : +855 081 88 7090 ).
We also have branch at Siem Reap : Angkor Shopping. Arcade, #E09 National Road No.6, Siem Reap, Cambodia
( Hp : +855 016 673 211/ +855 096 2 5555 81) or also can email to us at ( wau_restaurant@yahoo.com ) —

Please share our page to your friends and family.. :)
Thanks for your support..
We are trying to improve our services in the future