Wednesday 16 April 2014

Road trip New Zealand

Day 1
Kuching - Kul - Sin -Auckland

Perjalanan dari kuching ke Kl amik masa 1 jam 45 minit. guna Malindo sbb flight murah n bhenti kat KLIA. Then amik flight Jetstar utk Kul - Sin - Auckland. actually amik direct airasia kch - sin pun ada gak.dsbbkan transit yg lama dan mahal so aku g KL dulu.hanya 1 jam je Kul - Sin.

oh nak ingatkan sini pastikan korang dah buat web check in siap2. coz kat Klia xda jetstar punyer kiosk utk print. tpaksa beratur ke kaunter.kat kaunter lak dia pecahkan utk web chex in dan yg blm web check in. yg xbuat web check in beratur panjang gilos. lagi satu masa drop bag tu bgtau ada connecting flight ke auckland.nanti dia akan antar beg terus ke auckland dan tiket korang amik kat kaunter C iaitu transit/transfer C di changi aiport.kalu korang xmklum beg korang akan kuar kat Sin and korang tpaksa chex in balik utk ke Aucklqnd.kan buang masa. Satu g pesanan penaja sediakan sekali tiket balik dari NZ ke Malaysia. nanti dia xproceed. di malaysia n sin mmg kena tunjuk tiket balik.aku aritu cmana terMiss lak.nasib baik ada kat Ipad.so tunjuk yang itu je lah.

Bermulalah perjalanan yang membosankan n memenatkan.nasibla amik flight pukul 6 so mmg dah nak malam. problem jetstar dia nye entertaintment dia berbayar bkn mcm Malindo. makanan dia pun ya ampun mahai.. aku ada study sikit kbykn org smuggle makanan iaitu burger or biskut masuk dlm beg.lapar duhh tgh malam.tgh org tido nyenyak tu ko makan la.jgn lak korang tapau nasi beriyani kang harum semerbak kapal terbang.pastikan bawa bekas air.kat tmpat menunggu aiport ada tmpat isi air or dlm flight pon ada.takot dehydrate.

aku dpt tido or tidak? jwpnnya tidak..tido on off or tido ayam je la. sbb ada bdk memekak kt dpn.yg best baby2 ada 3 org kt depan tido nyenyak je. yang memekak ni bkn baby tp budak 4-5 tahun yg cengeng..hahah sorila ye...sbb smua org terbangun n bebel dah tmasuk aku.wlpn aku pasang earphone pun sora bdk tu lagi kuat.

Day 2
Auckland City

Sampai aiport aukland dlm pukul 8 pagi. xlah besar sangat aiportnye..ala2 aiport subang kot. cuaca agai sejuk tapi dh standby. so tunggu cousin aku amik. lepas cousin aku dtg kitaorg g beli sim kad utk guna navigation utk road trip nanti.dlm NZ20 utk 1 G..cukupla utk survive . 

kitaorg g market dia dulu.kat sini yg bikin terkezot peniaga dia 80% chinese. kbykn meka dh jd pnduduk tetap. jalan2 kt pasar tu mmg mcm Asian market. xnmpak mana org putihnya. yg maori tu adalah sikit. byk indian n chinese..pandai cari duit..tp ikannnya murah kata cousin aku.xtau la apa jenis ikan.sbb aku ikan kt malaysia pn fail apalagi international nye ikan.

Cousin aku duk kat waldorf apartment.bole tahan cantik gak apartment dia.ada 2 bilik..so sampai2 makan2 sikit cosin aku suruh kitaorg tido dulu.recharge sbb xdpt tido smlm kan. dlm petang tu baru lah mula jalan.

kitaorg jalan kat Park dia. so mulala arena Kejakonan.. sbb nmpak biri2..biri2 yg berkeliaran di taman tempat org beriadah dan piknik..sejok time tu mmg xbole blahh..sejok gila babas...yg bestnya org putih sini berseluar pendek n singlet berjoging.aikk kuar peloh ke..aku yg lemak berkrim pon mengeeletar kesejokan.diaorg bole dresssing mcmtu lak..mmg kulit dh kebal. tp no wonder gak sbb diorang dh d train sejak baby lagi. bygkan diorg bawa baby yg baru brp bulan tu kuar dengan suhu sejok mcm tu.pttla kulit dh immune..

tido awal sikit. yake tido awal mau pukul 1 gak tido sbb packing barang konon. mak n makcik aku sdiakan bekalan utk dibawa ke North Island..bekalan makanan je dh satu beg.  sbb esok flight awal utk ke queenstown  pukul 7.

Day 3
Auckland - Queenstown

Pukul 4 dh terjaga sbb diorang dh mula bersiap. nak xnak tpaksa la bangun. so kitaorg gerak awal sbb nak kena hantar keta sewa tu dekat area aiport situ. so aku kena drop cousin,mak n makcik aku kt aiport dulu. n aku kna parking keta tu kat kt Ibis Hotel. then aku kna jlan kaki ke aiport balik dlam 7 minit gak. just imagine pukul 5 pagi berjalan. korang bayangkan betapa sejoknya. then tips dia utk xnak beku korang kena jalan laju barula xrasa sejok.kalu jln lengang Mak Limah mmg beku kat tepi jalan. yg best nye keta sewa tu dia suruh tinggal kunci dlm keta tu ja tanpa di lock pintunya. betapa selamatnya hidop di New Zealand ini.

Perjalanan ke Queenstown hanya ambil masa 1 jam 30 minit. sempat la lalok sekejap. aku amik jetstar gak utk ke Queenstown. ada gak flight air new zealand. tp mahai time tu so amik jetstar je lah. aiport Queenstown rasanya lagi cantik n proper dari Auckland. sampai sana misi seterusnya tunggu kereta sewa.tunggu nye tunggu tetiba keta ni datang. wah biar betik keta mcmni nak di buat roadtrip.org ada 4 org jer tp keta ni muat utk 7-8 org. rupa2nyer org tu just amik kitaorg guna keta tu.keta sebe ar kat opis dia yg xbegitu jauh dari aiport. tgk2 keta yg kami dpt adalah keta aku sndiri kat Malaysia yeayyy...thegreenlatio...tp dia thecreamlatio hahaha..yg lain dia handbrake kat kaki je.yg lain sama..okla xda la rs janggal nk bawa keta jauh2 nanti.

dh dpt keta terus nak g carik hotel yg aku dh tempah.aiport ke queenstown city mmg xjauh..kecik ja tmpat ni tp bandar dia teratur..rupanya kami sampai awal dlm pukul 9 gitu so bilik x ready g.lupa lak nak request early chex in. dia ckp bilik di guna mlm td so org checx out pukul 10. sini check out pukul 10 pagi. so kitaorg just park kat situ and g jalan kaki jer kat Queenstown Gondola & Luge..sbb dekat sblh apartment je.

so 1st activitiy kitaorg adalah naik gondola tu. aku n cousin aku amik kombo gondola + luge..mak & makcik aku naik gondola tu je.. Luge ni mcm gokart la. n main kat atas sana selepas naik gondola. korang akan berlumba di track disamping menikmati keindahan alam.

Seriously tergamam melihat keindahan ciptaan tuhan...terbentang luas dengan kebiruan nya adalah Lake Wakatipu. Dilengkapi dengan  kehijauan gunung ganang yg indah dan masih diselaputi keputihan salji. Tompokan awan yg putih juga menampakkan lagi betapa indahnya kawasan ini. 

Selepas menaiki gondola sambil menikmati keindahan alam aku n cousin aku g main luge tu. actually xberminat sgt nk main luge tu. tp disebabkan tercabar oleh mamat NZ kt cashier tu terus aku main je la. come on man be a man katanya...
Day 4
Queenstown City

Day 5
Queenstown - Cromwell - Dunedin

Day 6
Dunedin - Mount cook - Lake Tekapo - Christchurh

Day 7
Christchurch - Auckland

Day 8
Auckland - Cromandell - Matamata - Rotarua

Day 9
Rotarua - Agrodome - Rotarua

Day 10
Rotarua - Hamilton - Auckland

Day 11
Auckland City

Day 12
Auckland - Singapore - Kul 

Day 13
Kul - Kuching

2 comments:

Anonymous said...

There is certainly a great deal to know about this issue.
I love all the points you made.

Also visit my website; Wholesale Snapbacks

Anonymous said...

Hello friends, how is everything, and what
you desire to say regarding this post, in my view its truly awesome in favor of me.


Here is my web blog: Kühlbox Test