Showing posts with label INDONESIA : Bandung. Show all posts
Showing posts with label INDONESIA : Bandung. Show all posts

Tuesday, 19 February 2013

Trip ke Trans Studio, Bandung, INDONESIA







Logo & Map Trans Studio, Bandung







Ini merupakan pintu masuk sebelum memasuki studio Trans Studio. Actually kena beli kad masuk kat bawah dulu then baru akan naik and masuk kat sini. So entrance pun dah agak gah kan. Mana- mana nak masuk tanpa kad mmg xdapatla sebab ni ja entrance dia and dikawal rapi oleh pekerja meka yg sangat dedikasi hahakz.

Trans studio bandung theme park merupakan salah satu indoor theme park terbesar didunia.

Harga tiket Trans Studio Bandung ialah seperti berikut :

Isnin - Jumaat : Rp. 150.000, (RM 47)
Sabtu - Minggu : Rp. 200.000, (RM 64)

Kepada yang ingin akses VIP kena buat Tambahan Rp. 200.000. Kelebihan VIP akses ni korang akan beratur dilaluan VIP dan tidak bercampur dengan laluan biasa. So korang akan dapat pergi ke setiap permainan dengan cepat.

Tiket masuk Trans Studio menggunakan kad Mega Cash, harga kad adalah Rp. 10.000. Kad Mega Cash digunakan utk beli makanan or souvenir di studio sini sbb meka xguna transaksi wang hanya guna kad ni.





Game ni adalah game pertama aku main Jake and Beanstalk...Beratur agak panjang gak sbb game ni paling happening. Bahagian VIP nye barisan kosong sbb smua rasa xberbaloi kot nak bayar extra seMata nak dpt barisan Vip. Game ni kren yang naik n jatuh turun dgn laju tu. Anggaran dlm 13m kot. Tahla xsure. Kalu korang tgk gambar atas tu korang bole nampak tingginya kren tu. So kren ni ada 2 baris ja. Rasanya dalam 8 depan 8 belakang kot. Xsure sgt n xkira sbb dah xcited nak naik.

Rutin dia aku dh xingat sbb dah over excited melontarkan vokal dan mengucap hahahah..Memula dia akan naikkan paling tinggi then dia akan tunjuk video di mana gergasi tu tgh marah sbb org kacau tempat dia. Then dari situ la kren tu jatuh naik berkali kali dari tinggi ke level paling rendah. Memang sentap dan jantung memang nk tercabut ja rasanya. Dah abis main tu memang lega n best. Come on guys korang kena try.Mak aku umur 50 lebih pun join sekali. Tapi sapa2 ada sakit jantung mayb xpayahla huhuhu. Lontaran vokal punyer training memang mantap kat sini hahahah...selamat mencuba







Dunia khayalan dunia Impian .... Ni game kedua kami main. Tgk dari luar pun dah seram sbb di luar dah ada witch yang jaga laluan. Dah masuk keadaan memang suram n sunyi sepi untuk dapatkan mood seram kononya. Then baru jumpa train kecik. So kami pun naik,setiap tempat duduk tu utk dua orang. Adik n mak aku duduk sekali. So aku duduk sorang which is good for me so xperlu ada org histeria kat sblh aku. Tetiba ada satu group budak2 kecik datang dan sorang budak pompuan ni datang duduk sblh aku. Padahal byk g tempat duduk belakang and kawan dia siap panggil dia duduk belakang. Tp still nk duduk sebelah aku.

So bermulalah perjalanan tren tu. Actually xmenakutkan langsung masuk kat sini. Bagi aku la hahahah. Sbb smua scene dia predictable. Part org dtg nak sergah pun aku bole agak. Dalam ni korang akan lalu ambulans dan bilik mayat macam kat gambar atas tu. Ambulans tu ada tricky sikitla, korang lalu ja tetiba ada mayat akan terkeluar dan jatuh kuar. But still xmenakutkan bagi aku la hahahah..Dan mcm2 lagila dlm tu mcm kubur pun ada gak and gambar2 yang kononnya scary ada.

Ropernye budak kat sblh tu mmg tahap penakut level terttinggi hahahah.. Mulutnya dari mula asyik baca doa ja mulutnya terkumat kamit kat sblh aku. Patutla dia beriya duduk sblh aku. Tapi sbnrnya dari mula sampai abis dia xbukak mata pun heheheh...So kalu korang xda perasaan bole masuk sini utk melihat sendiri betapa tidak scary nya tempat ni. Yang penakot tahap gaban mayb xpayahla kang trauma lak.





The Lost City - Petualangan di Kota Hilang ini terbahagi kepada empat iaitu JELAJAH (air)
KONG CLIMB, SKYPIRATES 'ZEPPELIN dan AMPHITHEATER.

Jelajah ni perjalanan mengharungi ala rimba Afrika dan keseronokan jatuh dari air terjun setinggi 13 meter.Kong Climb pulak Memanjat tebing yang ketinggian lebih dari 15 meter. Kong climb ala2 wall climbing.Skypirates Ialah korang akan menaiki kapal pirates & Akan dapat melihat semua temapat dari lintasan di atas itu.Amphiteather berfokuskan kepada pertunjukan kelas dunia dengan parade artis internasional dan tempatan. Keadaan teater dengarnya sangat hebat dengan penggunaan effek yang sangat gempak katanya.



Kitaorang just main Jelajah. Ini pun sangat thrill dengan berada atas air then naik ke puncak tinggi air terjun dan terjun dengan lajunya...ala2 Indiana Jones pun ada gak hahaha...Sangat best n thrill cuma xbestnya kena tempias air and basah sikitla..but seriously must try this ... Oh lupa sblm naik tu mereka pesan nanti ada pic snap bila terjun dari puncak air terjun so meka xnk kita tutup mata sbb meka nak jual gambar tu. So tu la hasilnya gambar tu.



Band Ungu



Wah napain ada gambar gue punya favorite band UNGU di sini..Sayang, maafkan...kita harus putus...wah itulah lagu terbaru dari Ungu. Actually time kitaorg datangtu meka tgh rehearsal utk anniversary Trans Studio utk esoknya. Apa lagi aku terus berlari ke depan stage nak tgk lebih dekat hahahha..So bertuah gak dpt tgk dia perform and buat sound check walaupun rehearsal ja. Seriously suara mmg mantap and lemak berkrim si Pasha ni. Tapi mlm tu meka nyanyi lagu Hampa Hatiku.. Ala lagu dia "pernah kah kau merasa hatimu hampa, pernah ka kau merasa hatimu kosong" . lagu ni dia featuring ngan Lis Dahlia. Si Lis ni xda so part dia ada video screen kuar. Mmg high tech n cantik stage diorg.




Thursday, 14 February 2013

Trip ke Rumah Mode, Bandung, INDONESIA





Rumah Mode...This is heaven for kaki shopping. Antara banyak2 Factory Outlet di Bandung and kebanyakannya semua sudah ku terjah but still Rumah Mode tetap menjadi pujaan HATIKU. Sebabnya barangnya lebih berkualitas and no wonder jugak barangnya agak mahal sikit dari outlet lain. Outlet lain maybe murah tapi sesetengah barang kualitinya agak kureng sesangat.. tapi Rumah Mode punye produk kualiti grade A nye.





Bukan nak over promote tapi mmg itulah Kebenarannya. Sbb aritu hampir semua factory outlet aku pegi. And bila fikir balik banyak buang masa. So better fokus kepada outlet yang terbaik. Lagipun di sini selesa dan luas walaupun org ramai. Xda rasa nak sesak nafas pon. Fasilities lain juga turut disediakan untuk pengunjung. So xbyk komplen la kalu nak ke sini. Nak makan or smbahyang pun xda masalah. Even tempat melepak melepas lelah pun ada. Compare dengan outlet lin memang kalahla. Just enjoy n have fun ja with yer shopping ja kat sini.



Rumah Mode ni banyak menjual barangan branded mcm Guess, Mont Blanc, Tommy H, Hugo B, Zara, AX and macam2 lagi la. Barangan utk lelaki pun agak banyak disini compare tu outlet lain. Jaket juga agak menarik sini tp apakan daya budget xcukup huhu..Kalu korang beli kat Butik Ori satu t shirt pun dah RM 300. tapi kat sini korang boleh dapat T shirt yg berkualitas dlm range RM 30 ke 50. Penggunaan kredit kad juga di terima utk semua shopaholic semua hahaha. Hanya perlu zigzag and sign ja and semua urusniaga akan selesai hahaha...

Mcm aku pegi aritu aku stay kat 2 hotel..satu berhampiran Rumah Mode and satu g dekat Pasar Baru. so xpayah nak cari taxi semua. Sbb semua dekat and walking dinstance semua..Sbb taxi kat bandung agak susah gak nak dapat compare tu Jakarta. Then kena cari Taxi label Blue Bird yang mana 100% boleh dipercayai. Taxi lain kena hati2 before naik and makesure dia pakai meter. kalu dia offer nak bawa tempat lain emm kna fikir 10 kali la sbb keje nak mengepau ja meka.

Grand Seriti, Bandung




Ini merupakan hotel aku stay. Grand Seriti Hotel berlokasi di Jl. Hegarmanah No. 9-15 Bandung http://www.grand-seriti.com/ . Hotel ni bertaraf 3stgh ke 4 gitu. Kalu korang nak hotel murah lagi ada gak n hotel ni pun affordable n murah kalu korang booking awal. Tujuan sebenar aku pilih hotel ni sbb dia hampir dengan Rumah Mode so bole ulang alik ke hotel jalan kaki ja dalam 5 minit itu. Kalu nak cepat kena buat shortcut kat ada supermarket kat situ. X ingat lak namanya.

Kesilapan aku aritu aku booking agoda sbb aku xdpt get through website meka walaupun harga agoda murah sikit. Problem kedua aku spttnya aku bole call minta diaorg amik kat airport wich is free. Then malam kami sampai tu driver aiport lak budak baru kerja and bukan org bandung dia bole lost and berpusing2 kat bandung tu. Tp okla dpt pusing2 free kat situ. Hotel ni senang cari tp sbb budak tu bukan local n baru kerja tu yang lost.

Bilik and breakfast semua ok dan xda masalh sangat bagi kami. Layanan bagus siap ada service tour kat hotel. Kitaorg amik sewa driver si Pak Hendra ke Tangkuban n shopping d outlet pun through staff kat sini tapi bkn through hotel. Bole dpt dengan harga lagi murah dari books di hotel. Hotel ni pun diorang bole hantar ke mana korang nk pegi incase taxi xdpt atau lambat. Tapi kena charge la. And harga chargepun lebih kurang macam taxi and murah g. Kitaorgke Trans Studio aritu pun driver hotel yang hantar. Rasanya dalam RM 10 ja kami bayar.

Malam agak gelap sikit sini. Tapi aritu kami turun gak dalam pukul 9 ka 10 malam sbb lapar pegi Mc D 24 jam tp smua ok. Kat bawah tu ada gak gerai tepi jalan tp xberani lak takot kang sakit perut xdapekla nk jalan2 n shopping. Sbb hotel ni letaknya kat Residen House yang Elite. So agak secure la. Hotel ni atas bukit sikit and sejuk bila waktu malam and even pagi pun still sejuk.

Tips :
1) Pastikan buat budget dulu before masuk sini takut overspend hahakz.
2) Toilet, kedai makan, surau and tempat lepak untuk kaum adam sementara menunggu kaum hawa shopping semua ada.
3) Stay di hotel bhampiran rumah mode coz pergi sekali gerenti xcukup & bole jimat duit taxi.
4) Jgn sesekali minta pak taxi menunggu sbb meka akan charge lebih.
5) Kalu anda ikut tour mgkin masa shopping agak limited, so better free n easy or sewa keta beserta driver utk mengangkut barang2 shopping anda.
6) "Mancet" berkemungkinan berlaku di area ni tapi bergantung dengan nasib anda. Di Bandung
sukar diramal bila berlakunya mancet n bukan mcm di Malaysia kalu jam teruk bila time org balik kerja.
7) Kebaikan ada driver yg locally Bandung ialah meka tau jalan utk mengelak jam. kalu driver
dari Jakarta meka kurang arif jalan tikus di Bandung.





















Monday, 11 February 2013

Trip ke Tangkuban Perahu, Bandung, INDONESIA

Pemandangan yang cantik Tangkuban Perahu, Bandung, INDONESIA
Tangkuban Perahu, Bandung, INDONESIA


This place is very beautiful, peaceful and relaxing. So tempat ni mmg tempat wajib dikunjungi oleh semua orang yang mengunjungi Bandung, Indonesia. Perjalanan ini berjarak 30km dari bandar Bandung. So paling bagus nak pegi weekdays sbb weekend agak ramai dengan pelancong dari Malaysia dan juga warga Jakarta. Warga Jakarta biasanya dtg masa weekend coz Jakarta ke Bandung xjauh dlm 3 jam gitu.

So for those nak pegi sini better ada driver yg telah diupah atau korang ikut tour korang..Mcm aku lbh suka free n easy n buat plan sendiri. So untuk ke sini aku sewa kereta beserta drivernya sekali iaitu Pak Hendra utk setengah hari. Sangat menguntungkan untuk pergi sini dan semua tempat shopping. Yang nak free n easy better cari tour kat sini sbb lbh murah compare korang amik d Malaysia sbb dah kena markup sikit kan.



Alkisah...Di Jawa Barat tepatnya di Kabupaten Bandung terdapat sebuah tempat rekreasi yang sangat indah yaitu Gunung Tangkuban Perahu. Tangkuban Perahu artinya adalah perahu yang terbalik. Diberi nama seperti karena bentuknya memang menyerupai perahu yang terbalik. Konon menurut cerita rakyat parahyangan gunung itu memang merupakan perahu yang terbalik. Berikut ini ceritanya.

Beribu-ribu tahun yang lalu, tanah Parahyangan dipimpin oleh seorang raja dan seorang ratu yang hanya mempunyai seorang putri. Putri itu bernama Dayang Sumbi. Dia sangat cantik dan cerdas, sayangnya dia sangat manja. Pada suatu hari saat sedang menenun di beranda istana, Dayang Sumbi merasa lemas dan pusing. Dia menjatuhkan pintalan benangnya ke lantai berkali-kali. Saat pintalannya jatuh untuk kesekian kalinya Dayang Sumbi menjadi marah lalu bersumpah, dia akan menikahi siapapun yang mau mengambilkan pintalannya itu. Tepat setelah kata-kata sumpah itu diucapkan, datang seekor anjing sakti yang bernama Tumang dan menyerahkan pintalan itu ke tangan Dayang Sumbi. Maka mau tak mau, sesuai dengan sumpahnya, Dayang Sumbi harus menikahi Anjing tersebut.

Dayang Sumbi dan Tumang hidup berbahagia hingga mereka dikaruniai seorang anak yang berupa anak manusia tapi memiliki kekuatan sakti seperti ayahnya. Anak ini diberi nama Sangkuriang. Dalam masa pertumbuhannya, Sangkuring se lalu ditemani bermain oleh seekor anjing yang bernama Tumang yang dia ketahui hanya sebagai anjing yang setia, bukan sebagai ayahnya. Sangkuriang tumbuh menjadi seorang pemuda yang tampan dan gagah perkasa.

Pada suatu hari Dayang Sumbi menyuruh anaknya pergi bersama anjingnya untuk berburu rusa untuk keperluan suatu pesta. Setelah beberapa lama mencari tanpa hasil, Sangkuriang merasa putus asa, tapi dia tidak ingin mengecewakan ibunya. Maka dengan sangat terpaksa dia mengambil sebatang panah dan mengarahkannya pada Tumang. Setibanya di rumah dia menyerahkan daging Tumang pada ibunya. dayanng Sumbi yang mengira daging itu adalah daging rusa, merasa gembira atas keberhasilan anaknya.

Segera setelah pesta usai Dayang Sumbi teringat pada Tumang dan bertanya pada pada anaknya dimana Tumang berada. Pada mulanya Sangkuriang merasa takut, tapa akhirnya dia mengatakan apa yang telah terjadi pada ibunya. Dayang Sumbi menjadi sangat murka, dalam kemarahannya dia memukul Sangkuriang hingga pingsan tepat di keningnya. Atas perbuatannya itu Dayang Sumbi diusir keluar dari kerajaan oleh ayahnya. Untungnya Sangkuriang sadar kembali tapi pukulan ibunya meninggalkan bekas luka yang sangat lebar di keningnya.Setelah dewasa, Sangkuriang pun pergi mengembara untuk mengetahui keadaan dunia luar.

Beberapa tahun kemudian, Sangkuriang bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik. Segera saja dia jatuh cinta pada wanita tersebut. Wanita itu adalah ibunya sendiri, tapi mereka tidak saling mengenali satu sama lainnya. Sangkuriang melamarnya, Dayang Sumbi pun menerima dengan senang hati. Sehari sebelum hari pernikahan, saat sedang mengelus rambut tunangannya, Dayang Sumbi melihat bekas luka yang lebar di dahi Sangkuriang, akhirnya dia menyadari bahwa dia hampir menikahi putranya sendiri. Mengetahui hal tersebut Dayang Sumbi berusaha menggagalkan pernikahannya. Setelah berpikir keras dia akhirnya memutuskan untuk mengajukan syarat perkawinan yang tak mungkin dikabulkan oleh Sangkuriang. Syaratnya adalah: Sangkuriang harus membuat sebuah bendungan yang bisa menutupi seluruh bukit lalu membuat sebuah perahu untuk menyusuri bendungan tersebut. Semua itu harus sudah selesai sebelum fajar menyingsing.

Sangkuriang mulai bekerja. Cintanya yang begitu besar pada Sangkuriang memberinya suatu kekuatan aneh. Tak lupa dia juga menggunakan kekuatan yang dia dapat dari ayahnya untuk memanggil jin-jin dan membantunya. Dengan lumpur dan tanah mereka membendung air dari sungai dan mata air. Beberapa saat sebelum fajar, Sangkuriang menebang sebatang pohon besar untuk membuat sebuah perahu. Ketika Dayang Sumbi melihat bahwa Sangkuriang hampir menyelesaikan pekerjaannya, dia berdoa pada dewa-dewa untuk merintangi pekerjaan anaknya dan mempercepat datangnya pagi.

Ayam jantan berkokok, matahari terbit lebih cepat dari biasanya dan Sangkuriang menyadari bahwa dia telah ditipu. Dengan sangat marah dia mengutuk Dayang Sumbi dan menendang perahu buatannya yang hampir jadi ke tengah hutan. Perahu itu berada disana dalam keadaan terbalik, dan membentuk Gunung Tangkuban Perahu(perahu yang menelungkub). Tidak jauh dari tempat itu terdapat tunggul pohon sisa dari tebangan Sangkuriang, sekarang kita mengenalnya sebagai Bukit Tunggul. Bendungan yang dibuat Sangkuriang menyebabkan seluruh bukit dipenuhi air dan membentuk sebuah danau dimana Sangkuriang dan Dayang Sumbi menenggelamkan diri dan tidak terdengar lagi kabarnya hingga kini.
Sumber: http://www.bapusda.com






View yang sangat menarik dan cantik untuk diambil gambar



Bole dilihat background seolah dalam studio.



Gambar kat atas ni kawasan kedai2 yang menjual souvenir dan baju. Kena pandai tawar menawarla sebab meka tau org yang datang kat atas tu selalunya tourist.

Tips :

1) Bawa baju sejuk coz sejuk ala2 mcm cameron highland.
2) Barang di atas kat sana agak mahal so careful ya...
3) Make sure camera di bawa ya sbb rugi x amik gambar n pose ala2 model dgn view yg cantik
4) Jgn layan org yg nak tunjuk tempat or apa semua kat sana n mengaku meka officer
sana. Nanti kena "pau".
5) Ada kes org beli strawberi yg dikatakan manis n sedap rupanya dh dicelup dgn air gula.
6) Toilet ada disediakan tapi sangat tidak digalakkan kepada all the single ladies hahaha coz
memasuki lorong2. Tapi kalu dah nature call pastikan ditemani k..

* kebanyakan pesanan penaja dari Pak Hendra sendiri...