Monday, 10 June 2013

Trip ke Guangzhou, CHINA

INTRO ...



Guangzhou juga dikenali sebagai Canton atau Kwangchow, merupaka satu bandar raya sub-wilayah dan ibu kota wilayah Guangdong di Republik Rakyat China.Guangzhou adalah kota terbesar ketiga setelah Beijing dan Shanghai, dan merupakan bahagian yang paling maju, kota budaya, dan kota bersejarah, terkenal sebagai “Pintu Gerbang Tiongkok Bagian Selatan”.



GUANGZHOU makin dikenali apabila menganjurkan Sukan Asia. Selepas tujuh tahun bersusah payah membuat persiapan, Guangzhou - bandar raya selatan China yang pesat membangun - kini sudah berubah wajah dan bukan saja akan dikenali sebagai pusat perdagangan dan perniagaan tetapi bandar raya sukan dan gaya hidup.



Perjalanan aku ni dah dirancang dari tahun lepas g. So tiket memang dah beli awal so harga xda lah mahal sbb dibeli awal walaupun jatuh pada cuti sekolah. So planning is very important hehe..

Seperti biasa trip ini dengan menaiki Air Asia. Perjalanan mengambil masa 4 jam dari LCCT. Emm for those yg kaki terlampau panjang n sakit kaki duduk kat seat AA yg sempit tu better amik hotseat barisan yang pertama tu. Senang kaki nak melunjur dan selesa untuk 4 jam. Kang kaki injured xbole lak nak jalan jalan kan.









Airport Guangzhao agak luas dan besar gak. Sesampai kat Aiport dah malam dan sangat sesak gak sbb banyak flight landing sama. Kat dalam situ ada limo taxi dan jual sim card china.Bahagian arrival hall dia biasa ja. Tapi departure hall bole tahan besar gak untuk melepak n shopiing duty free. Tp still mahal la kecuali rokok ja.perfume semua sama mcm harga KL. Lagi satu nak beli souvenir kat aiport mmg mahal. fridge magnet sampai rM14 huhu kat luar bole dpt dlmRm 1-2 ja..Satu g xda kat aiport ni International nye Cafe. mcm starbuck mcm xjumpa lak.Mc D ada la kecik. Yg lain smua local nye cafe. halal food pun mcm xjumpa kat sini.



MY DESTINY...

Day 1 - KCH - KL - Guangzhou
- delay

Day 2 - Guangzhou
- Baiyun International Leather
- ShaxiaJu Pedesterian Street
- Beijing Lu

Day 3 - Guangzhou - Shenzhen
- Window of the world
- Dongmen Pedesterian

Day 4 - Shenzen - Guangzhou
- Luohu Commercial City
- Haiyin Square & Computer City
- Haizu Square
- Beijing Lu

Day 5 - Guangzhou - KL - KCH


* Trip ni aku susun sendiri mengikut kajian yang telah aku buat. Actually ada banyak tempat yang boleh diexplore kat Guangzhao ni. Tapi itu ja yang termampu untuk aku explore. So korang kalu nak try plan aku ni n bole di ubahsuai mengikut keperluan korang.

* Cadangan penambah baikan pada trip aku ni ialah xcukp untuk pergi 5 hari. 2 hari dah abis kat perjalanan di atas k/terbang. 7 hari sesuai dan boleh di upgrade pergi Kl- Guangzhao - Shenzen-Hong Kong-KL. Sbb shenzen ke Hong kong dekat ja bole naik bullet train gak. Kalu korang ikut cadangan di atas korang just perlu single Visa sbb Hongkong xpelu Visa. Kalu korang patah balik hongKong ke Guangzhao balik akan kena double Visa. so rugi sikit.

LIDO HOTEL





Name kad hotel Lido dan arahan dalam Mandarin ke Hotel



Bahagian luar hotel







Bahagian Lobi Hotel







Bahagian dalaman bilik hotel

Lido Hotel

Kelebihan :
1) location memang perfect sbb seberang jalan terus Beijing Lu. Dan depan, belakang, kiri dan kanan semua tempat shopping.
2) terdapat kedai makanan Halal di beijing lu dan sangat dekat dalam 5 minit bole sampai kedai makan tu
3) Harga hotel pun affordable la dengan 3 bintang dan bole dapat murah kalu booking awal n bole try di agoda dan asiarooms. N bagi aku hotel tu berhak nk demand sbb kdudukan dia yg strategik.
4) Ramai rakyat Malaysia stay situ especially yg berniaga sbb ada contact gak dgn org2 shippng barang kat malaysia.
5) Senang amik taxi tau2 dh ada depan hotel. Nk ke aiport pun mmg terus amik ja kat luar xpayah nak booking2 n guna meter g.

Kelemahan :
1) WIFI plzzzz....
2) hotel agak old fashion gakla sikit tp okla asalakn bersih.tp cantik lagi n murah g dari Palace Hotel kat Masjid India tu hahaha dahla 2 stgh bintang ja hahaha sori.
3) lift ada 2 ja haha tp okla Palace hotel ada satu ja hahaha ( asyik kena compare je kan, kalu compare ngan Pullman Hotel jauh sangat bezanya nanti)
4) siaran rancangan semua chanel cina xda subtittle. bagila satu intrnational chanel mcm HBO(mmg xstay kt hotel sangat tp sambil nk tido tu nak gak tgk movies rite)

* Ada gak hotel lain yang ada aku buat study macam Guangzhao Hotel. hotel ni dekat dengan Haizu Square dan Metro. So senang nak gerak. tapi jauh sikit dengan Beijing Lu.

PENGANGKUTAN



Metro Train di Guangzhao.
Pengangkutan kat sini dari pemerhatian aku adalah agak bagus dan teratur especially Metro train. Metro train dia memang sangat luas dan banyak. Dalam 6 line gitu. Dont worry senang ja nak bergerak sbb ada dalam english nye. Nak bertukar train pon sangat senang. Yang penting planning kena betoi. Tapi dont worry wlpn terlepas train tapi kekerapan train dia dlm 2 ke 3 minit ja. Jauh beza kan dengan kita huhu. Then kat train dia xda kes sampai terpaksa berhimpit2 segala sangat walaupun peak hour. Satu g murah giler. Korang bayankan aku pegi ke station yg ke 12 hanya RM 2.50 ja..kalu lagi dekat hanya RM1 ja.





Taxi di Guangzhao.
Taxi kat sini mcm aku cakap kebolehpercayaan agak bagus n tinggi. Mereka juga guna meter walaupun ke Airport. Masalah cuma komuikasi problem. Tp bole setel asalkan korang prepare dengan name card hotel or mandarin nyer wording tempat yang nak dituju. Kalu bawa famili better naik taxi dari train kan. Lagipun jalan x jam.



Van Sapu di Guangzhao.
Tidak digalakkan sangat la. Risaula walaupun xda xperience g. Tp banyak kali gak dihampiri oleh van sapu ni. Ada gak keta sapu. Ada sekali tu Van sapu siap cakap melayu g ngan aku tapi just tolak ngan baik . Xberani amik risiko la huhu.







Bullet Train di Guangzhao.
Fabulous la. Depend ngan Which railway station yg korang departure. Aku amik south Railway ke shenzen hanaya mengambil masa 40 minit. Kelajuan 300 lebih ke atas dan xrasa sangat pun kelajuan bila kat dalam tu. Station dia pun besar dah mcm Klia ja. Beli ja kat kaunter dan pastikan bawa pasport utk beli tiket. Tiket dlm RM 35++ utk kelas ekonomi. Naik kelas ekonomi pun ok dan xdala tahap crowded sangat pun.First class dalam RM50 xsilap. Satu g dont worry train mmg on time.

MAKANAN HALAL








Ni stok makanan yang dibawa dari Malaysia hehe...Just backup plan incase selera xmasuk kan sbb masakan china agak beza sikit dari Malaysia. So antara makanan yang dibawa Maggi,Tuna, Roti, Cheese, Kari Ayam, Sambal, Serunding, telor ayam dan telor rebus. gambar maggi di atas adalh maggi campur serunding. Sedap duhh bila makan kat luar negara.makan kat malaysia xlak rasa sedap macam tu huhu...













Tempat ni di Yushan Lu. Iaitu di Beijing Road. Kalu dari Lido hotel setelah menyeberangi jalan dan lepas kedai Giordano korang belok kanan. Dalam 3-5 minit je. kat jalan situ mmg lorong yg penuh dengan restaurant yg sederhana n kecil ja. Kedai ni kat hujung jalan. Kecik ja kedai ni seperti di gambar di atas. Aku tapau je Nasi Goreng daging dan Nasi daging Kentang. time ni xberani nk mkan ayam hahaha..Harga murah le RM4.50 dan RM 6 ja. Emm okla bole makan tapi aku kena makan ngan sambal mak aku untuk menambahkan perisa. Meka punya masakan memang meriah dengan sayur. Patutla badan meka sana steady n maintane je.



Kedai ni juga di IBeijing Road. Kalu dari Lido hotel setelah menyeberangi jalan dan lepas kedai Giordano korang belok kiri Dalam 3-5 minit jugak dari hotel. Cuma kedai ni aku xsempat pergi. Just tgk dari luar ja.

PERSEDIAAN.

1) Passport
Pastikan passport belum tamat tempoh iaitu 6 bulan. Diingatkan janganla sesekali buat passport last minute terutamanya time cuti sekolah. Sbb time tu ramai org pegi buat passport dan silap silap xbole melancong sbb xsempat buat. Dan beratur utk amik no pun que panjang gile..

2) Visa
Nak pergi China kena buat Visa. Pegila kat embassy dia utk buat.ada expreenye tapi mahal kalu yg biasa 3-4 hari siap. Aku just suruh agent buat just bayarupah runner.

3)Menabung
Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung haha.

4)Perancangan percutian
Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda.

5)Tempahan awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda.

6)Peta & Maklumat
pastikan anda membeli peta tempat tersebut atau just download kat internet peta tempatyg nak dilawat.Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.Maklumat hotel seperti dalam bahasa negara tersebut pun sangat penting seperti Mandarin wording.

7)Pengangkutan
Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.
Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.

8)Perubatan
Pastikan bawa basic ubat ke sana. Sebagai contoh panadol, ubat selsema, yoko yoko dan mengikut keperluan perubatan anda.

9) Kredit Kad
Perlu untuk kes emergency...Bagi aku sangat penting incase anything happen kan. We dont know rite.

10) Matawang
Matawang digunakan di China ni Yuan Renbimi. senang ja nk convert dengan RM just duit meka bahagi dua ja. katakan 100 yuan sama dengan RM50 kita. Peringatan duit kat China ni banyak "bad money" hahah..duit palsu especially note 100 diorang.

11) Makanan
Walaupun di Gzh banyak makanan halal tapi backup Bawalah makanan kering seperti biskut, mi segera, sardin mahupun minuman segera yang mudah dibawa sebagai persediaan awal.

12) Pakaian
Musim di GZH ialah summer dan hujan. So sediakan pakaian dalam jumlah yang minimum dan pakaian yang ringan bagi memudahkan pergerakan anda. Kasut yang sesuai dan topi jangan lupa. Dan kebanyakan payung disediakan di hotel.so plz bawa bila keluar dari hotel.







































4 comments:

Anonymous said...

Kalo ade foto aweks setiap negara lg best...

Sizzling Suzai said...

hahah tq 4 sharing yar :)

assafar latip said...

blh share no tel tourist guide dr msia tak,prefer student kt sna, tq

Yna bahrin said...

salam....bole whatsapp saya tak tuan 0124490519..saya perlukan byk lg info.tq