Wednesday 12 June 2013

Trip ke Beijing Lu, Baiyun International Leather, ShangXiaju Pedestrian Street, Luohu Commercial, Haizu Square, Guangzhao, CHINA

KRONOLOGI...



Day 1

* Rugi huhu... Sepatutnya sampai pukul 8 malam. Kalu on time maybe dlm pukul 9 dah bole sampai di Lido Hotel dan sempat shopping di beijing Lu yang meriah sampai tengah malam.

* Actually on time memula, bila time nak landing pilot cakap GZH aiport tgh kesesakan udara lak so xbole landing dan k/terbang just berlegar legar dekat 20 minit kot. Then hujan lebat melampau lak so kena landing ke Macau pulak. dah buang masa dekat 2 jam kat situ dahla xbole kuar just dlm plane ja.

* Landing dekat nak pukul 1130 malam. Masalah lain lak timbul sbb banyak flight yang terkandas sebelum ni pun landing sekali so agak ramai gak. Tp tu dpt di atasi sbb aku n mak aku amazing race utk luggage n imigration.

* Aku try amik Taxi Limo di Aiport tu. Sbb risau amik public taxi takut lain pulak jadinya sbb dah nak tgh malam n confirm double caj. Mmg standard la amik Limo mmg mahal iaitu RM190 ke Lido Hotel. Problem nya pulak kena tunggu 1 jam sbb hujan lebat n traffic teruk. Aku mmg stress gak dahla bayar mahal kena tunggu pulak. Ada sorang g minah saleh pun sama tunggu turn lepas aku. Dia pun suggest aku just tunggu n better amik aiport dari yg luar takot yg kuat luar blur. Tp aku dh prepare tulisan cina utk hotel aku so xda mslh aku rs.

* Penantian satu jam but still blm dtg taxi. Kami xmenunggu di luar tp disuruh tunggu dlm aiport lu.kalu samapi baru dia bawa kuar.Aku dh xtahan n nak cancel booking nak amik taxi luar. So org kat kaunter tu ckp kat luar pun masalah sama taxi xda. N maybe orang lagi ramai. Minah saleh cakap sabar je la lu. Nasib aku sabar bbrp minit kmudian meka ckp taxi limo dh sampai.tapi ada limo besar nyer.so meka suruh aku,mak aku n minah saleh tu naik sekali.so aku n minah saleh pun ckp kat meka yg meka charge kitaorg asing tapi kna naik sekali.tp org tu cakap ni mini bus limo. Disbb aku dh letih 12 jam utk pjalanan n minah saleh tu dlm 20 jam pjlnn so kitaorg pun on je la.

* berkat kesabaran rupanya memang betui cakap org taxi tu. Kat luar panjang gila babeh nye que taxi.kalu aku que kat luar mau pukul 2 pagi kot sampai hotel. Mslh ni disbbkn cuaca buruk td n byk flight landing sekali n mybbkn taxi xcukup. Next time xda mslh bole amik public taxi utk korang dan bayaran just RM45 guna meter.

TRANSPORTATION :
Limo Airport Taxi : RM 190
Suggestion : Naik Public Taxi around RM45 gitu jika xda masalah seperti di atas.Makesure address everything semua dh ready dalam mandarin nye wording.



Day 2

Baiyun International Leather













Dari Lido Hotel ke Baiyun International Leather dalam RM 10. Setiba di tempat ni memang xsangka satu bangunan hanya menjual barangan berasaskan kulit. Bukan setakat satu bangunan tapi satu kawasan area tu memang fokus menjual barangan kulit. Depan,kiri & belakang bangunan semua ada bangunan menjual barangan kulit. So better korang fokus kepada satu bangunan sahaja sebab produk yang sama kan.

Barangan kat dalam ni semua ada. Beg,kasut,tali pinggang, dan apa2 ja yg kulit semua dijual sini dengan pelbagai brand. Baik brand terkemuka seperti Prada, Coach, Gucci semua ada termasuk beg keluaran local. Yg penting tau tawar menawar dan jangan terlampau excited.

Time pegi sini hujan lebat lak kat luar so terpaksala menapak lebih lama di sini. So bila dah lama makin banyak barang yang nak di beli huhu..kalu korang biznes nyer orang mmg sesuai. Ramai dtg sini utk borong. Bkn sahaja rakyat Malaysia tapi ramai gak warga Afrika beli borong sini. Sbb beli borong harga akan lebih murah berbanding beli seketol mcm aku ni

* Sebaik sahaja anda masuk dan muka anda seperti pelancng mmg anda akan didekati oleh kaki2 kedai or perorangan utk jual produk. Dia akan ckp Malaysia Malaysia..Bag Bag Cheaper Cheaper Gucci Prada sambil menunjukkan katalog. So just senyum n say no dgn sopan. Jgn tunjuk intention korang berminat nanti dia akan kejar lak korak. Tapi aku tgk kat guangzhou ni penjual dia x pushy n aggresive mcm beijing.

TRANSPORTATION :
Public Taxi : RM 10
Suggestion : Naik Public Taxi ja.makesure address everything semua dh ready dalam mandarin nye wording.

ShangXiaju Pedestrian Street

















Hasil bacaan aku kat blog kat sini lebih murah lagi berbanding Beijing Lu. Tapi tu la kena pandai nego. Aku amik Taxi je dari Baiyun International Leather td ke sini pun dalam RM 10. Kat sini memang luas la. Lebih kepada fashion street la tp versi lebih besar. Bila terlampau besar pun masalah gak sbb akan rambang mata. Bila rambang mata dan terlampau berhati-hati akan buat jd blur n last2 xbeli apa2.

Nasib malang jugak time ni sbb hari hujan. So banyak menggangu gak la percaturan perjalanan kat sini. Tempat ini more or less mcm beijing lu gak. So kat sini barang branded pun ada dijual and murah sbb ada diskaun. contoh macam butik Lacoste yang original k. Dapatla angkat 2 helai baju kat sini. Memandangkan hujan begitu cemburu so xdpt xplore sangat.

Kat sini ada satu pengalaman baru bagi aku. Banyak van sapu dan kereta sapu. Dia nampak ja kita dari jauh terus berhenti. Pesanan aku just senyum n no TQ je. Yang best nye keta sapu keta bukan alang2 gak. Ada sekali tu keta mewah gak jd keta sapu. Tp still xberani aku. Setakat ni taxi semua guna meter dan xda yg menipu g. Si aku amik taxi balik ke Lido Hotel. Tambang pun xmahal dalam RM 11 gitu. Yang paling bagus jalan kat Guangzhou ni x jam pon. So xda masalah taxi nak hantar. Ada gak kes aku Taxi xnak hantar kat hotel. Memula ingatkan jam teruk sbb peak hour or sbb dpn ngan Beijing Lu. tapi taxi lain mau antar n xjam pon. So teori aku mayb dia xtau kot or malas je.

TRANSPORTATION :
Taxi : RM 11 dari Baiyun International Leather. (kalu dari Lido pun lbh kurang range harga)
Suggestion : Naik Public Taxi sbb xjam dan xjauh. Jangan naik van sapu ok..risau lak kena pau kan.

Beijing Lu @ Beijing Road



















Tempat ini memang meriah pada sebelah malam. Memang hidupla sepanjang jalan tu dan jalan tu xda jenis kenderaan bole masuk. So jalan itu kita yang punya.

Kat sini mcm2 ada dan sehari or dua hari memang xdapat nak cover semua. Aku just masuk kedai2 yang aku berkenan ja. Kalu nak masuk semua mmg seminggu xhabis. Jalan ni pun sangat panjang dan bercabang lagi. Mmg sangat luas dan happening sampai ke tengah malam.

Antara kedai kedai yang banyak sini macam Nike, Li Ning, 360, Adidas n kedai sukan lain lagi. Kedai2 tu sbb aku berkenan. Kedai lain local pun banyak gak dan barangan pon berkualiti. Ada kedai sampai 2 ke 3 buah dalam satu lorong.bole gitu.

Kedai makan kat sini memang berlambak la. Dari western ke eastern. Dari Halal ke Non Halal. Tp yg non halal xda pulak dijual secara berleluasa mcm kat pasar malam. Kat sini aku jumpa dalam 2 kedai cina muslim. Satu kat sebelah kiri di beijing lu satu g kat belah kanan. Mc Donald kat sini aku xtau la berapa banyak. Terlalu banyak dalam satu tempat. Rasanya mau dalam 6 buah kot belum campur kt sebelah Lido Hotel g. Ada gak gerai tolak mcm org muslim Turki yang jual kacang2 mcm badam,walnut n mcm2 g. N ada gak jual sate arab kot. So xda maslaha la sangat kat sini nak cari makanan halal. Ada mamat turkish yg jual kacang ni bukan main baik g ngan aku sbb beli kacang ngan dia. Paling xble lupa namanya Abdul Razaq hahaha sebijik nama kawan aku hahaha..

TRANSPORTATION :
Jalan kaki jer...sbb depan hotel je kan



Day 3 (Next Post)



Day 4

Luohu Commercial City
Haiyin Square & Computer City
Haizu Square



Day 5

Balik Malaysia

1 comment:

Unknown said...

askm... sy nak tanya detail ttg trip dr guangzhou ke she zen....pukul brp naik train...hotel mana duduk di she zen etc....sy suke dgn itenary u....sgt praktikal...harap dpt kongsi info. thank u.