Thursday, 14 February 2013
Trip ke Beijing, China
Actually di sini lah bermulanya aku berkecimpung dalam arena melancong ini. Sblm ni memang nak pegi tapi byk sangat kekangan sbb selalu mengharap nk tunggu kawan-kawan. Biasanya plan ngan kawan2 ni lebih plan dari nak peginya hahaha... So di sini titik mula aku g melancong ke luar negara iaitu Beijing, China..and first time gak ikut tour segala.. So gambar di atas adalah group tour aku ada dlm 4 famili yg kecik ja..Sgt best sbb smua kepala sempoi n xbyk songeh dari yg kecik sampai yg tua..sporting semua tmasuk tourist guide aku. Reliance Tour sbnrnya agak mahal dari tour yg lain. tapi service mmg tip top n hotel mmg 4 ke 5 bintang..emm kalunasib korang baik mgkin dapat murah gak ngan Reliance ni kalu jumpa Matta fair or sewaktu dengannya.
Tour ni sbnrnya belum masuk musim salji lagi tapi sejuknya mak aihh giler2 babas nye sejuk. Apa nk buat sbb teringin sangat nak g negara sejuk tp tula sejuk tahap negatif pada sebelah malam. Actually cuaca tgh panas tapi yg bikin sejuk tu ialah anginnya n matahari td just sbgai lampu di waktu pagi ja hahaha...
Airport Beijing
Ni gambor lepas imigresen kat beijing. So sempatla posing kat wallpaper diorang. Nampak baju yg aku pakai tu dh nampak sesuai utk musim sejuk kan... Tapi tidak...sebaik saja setapak kaki keluar di aiport terus kesejukan yang teramat. Time tu aku tak pakai g thermal kat dalam. Memang sejuk gila.
Emm gambar di atas adalah kat forbidden city...byk kisah kat sini ala2 citer cina korang tengok kat tv tu la. byk berkisahkan maharaja, maharani dan gundik-gundiknya..Kalu korang nk tau lbh jelas korang g la tanya uncle google n MR Wiki. meka bole explain g hahaha. maklumla masa org tgh terangkan masa tour terlampau banyak benda nak di explore n difokus hahahha..Tp serious shit tempat ini besar gila weiii...ibarat satu palace tu diphotostat dengan banyak.masuk satu palace akan jumpa satu palace g dan seterusnya..
Ni adalah kawasan Ski yg di luar kawasan beijing. Aku lupa lak nama tempat dia. So kami terpaksa check in di hotel kawasan ini. Dipendekkan cerita hotel tempat kami lepak ni ada problem time kami stay. Bila kami check in bilik aku tu lantai n segala dalam bilik tu mcm dah beku ibarat bilik korang kat malaysia dipasang aircond non stop selama setahun hahaha.. So kitaorg panggil manager suruh set heater bilik.dia cin cong cin cong cakap dlm 30 minit akan panas. Ropenyer sejuk sampai ke pagi hingga mencecah negatif 4 ..so bayangkan berselimut atas selimut yg sejuk. Ingatkan bilik aku ja rosak heater rupanya satu hotel rosak.. So semua pai tu membebel gara kesejukan.
Dah abis bebel g main ski. Tobat seh mmg susah nak main benda ni. Jatuh tergolek xpayah citer lah. Bontot mmg dah basah kena ais tu walaupun belum salji lagi. Sangat letih main ni huhuhu. Apakan daya demi memberikan pose yg mantap terpaksa ku gigihi juga hahaha.
Tips :
1) Plan your trip dengan awal so bila ada tiket murah terus boleh beli online terus untuk mendapatkan tiket murah ke destinasi yang ingin dituju.
2) First step memang susah and banyak kemusykilan untuk melancong. so the best way korang g ikot tour dulu and dari situ korang belajar camana nak survive proses dari airprt hingga ke destinasi dituju.
3) Then kalu dah cukup berani untuk solo projek dinasihatkan korang g area asia tenggara dulu untuk amik pengalaman.
4) Finally lepas anda berjaya solo projek anda dah pass kerana confident level anda dah lepas. so kena study ja mana2 tempat nak dipegi seperti tempat tinggal,makanan,transportation and apa2 yg korang rasa perlu.
Labels:
CHINA : Beijing,
Shopping,
Tips
Location:
Wang Mai, Wang Mai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
snow in sahara
mesti u ada ngetest makan ais ya nak, pok?
Hahah xda pok...mcm kamah jak nk di makan huhu
Post a Comment