Wednesday 13 February 2013

Trip ke Ben Thanh Market, Ho Chi Minh, VIETNAM




Ben Thanh market ni memang tempat shopping yang wajib pergi di HCM. Tempatnya sangat strategik di tengah bandar dan dikelilingi oleh banyak hotel. Barangannya sangat murah untuk tujuan bisnes atau keperluan diri sendiri. Kain2, telekung dan aksesori semuanya murah. memang heaven untuk akak2 n makcik2.

Paling best sini adalah perkhidmatan buat baju melayu,jubah,baju kurung,baju vietnam, suit n mcm2 style lagi bole dibuat dalam tempoh 24 jam dan dihantar terus ke hotel anda. Dan harganya sangat murah giler babas nyer. Aku sempat la bikin baju melayu n suit. Baju kurung n jubah yang dah siap pun ada. Paling aku suka tgk baju ala2 vietnam utk pompuan nampak cantik sangat. Mak aku pun bikin satu and modified sikitla utk lebih muslimah tp still nampak pattern vietnam style nyer.

Lupa bgtau selepas pukul 5 gitu pasar ni akan tutup. But dont worry be happy coz akan sambung pulak di luarnya iaitu jadi pasar malam pulak. So kat luar akan jd mcm pasar malam kat KL gak la. Souevinir paling murah n jgn lupa utk tawar menawar n mesti keras hati sikit yuhuu. Korang pusing dulu and tawar semua kedai then dari situ korang akan tau price yg sesuai utk tawar. Tp kalu korang beli seketoi dua ketoi ja just survey 2 kedai cukup la. Unless korang nak borong so baik survey baik2.



This is my suit yg aku tempah. Xda plan nak beli pon tapi sebab xtermasuk dalam belanjawan. Tapi lepas dipujuk semua n design pon bole pilih macam2 style so aku angkatla. Guess what.? Harganya hanya USD 100 so dlm RM 300 jer. Murahkan kalu kat tempat kita suit lengkap dah masuk harga 7 ke 8 ratus. Tu pun depends ngan kain. Ni kira ok la kain kualiti n design pon dah mcm KPop hahaha.

Seriously mmg 24 jam siap with good quality n antor terus ke hotel. yang best aku buat suit ni dlm tghari aku pilih kain and sukat semua. Then dia ckp suruh dtg balik pukul 5 balik utk fitting balik. So aku dtgla kedai tu balik then dia bawa aku kat luar Ben Tahn tu utk ke kedai Suit tu. Ropernye kedai tu mmg dpn hotel aku ja. Tp xpala Ben Tahn pun 2 minit ja dari hotel. Puas atila sbb fitting penting supaya Suit tu betui2 cun ngan badan. kalu korang rasa badan koran nak naik buatla longgar sikit hahahah. Those yg badan maintan yer korang pakai ygikut curve badan supaya nampak lagi cantik. Aku tgk mana2 kdai lebih kurang sama gak harganya mayb bezanya kualiti kain n kualiti tukang jahit.





So atas ni pemandangan dari dalam Ben Tahn Market. Sangat besar tp susah gak nak sesat sebab banyak pintu keluar. Cuma problem kena ingat kedai yg nak di pergi ja. Harga sangat kompetitif. Kalu hotel dekat korang lagi senang nak dtg berkali2.



Hahaha akak baju kuning ni paling banyak untung sbb adik and mak aku byk habis duit di kedai ni. Layanan sangat bagus. Dia siap jadi model lagi setiap kain yang dipilih. Korang suruh ja dia amik and try setiap kain yang berkenan. Dengan rela hati and tak tarik muka pun. So mak n adik aku siap buat jubah yg 24 jam siap, kain yg manik2 tu n mcm2 laagila. Aku yg duduk tepi pun akhirnya tertempah gak suite ala Kpop tu. Yg best nya sebelah kedai pon jual benda yg sama n bersaing mmg hebat. Dan rakyat Malaysia sangat sehati sejiwa sbb msg2 bagi info kdai mana yg harga murah n brp hg yg meka dapat pada kedai yg sama. So dont worry about kna tipu sini. Lupa bgtau meka bole cakap melayu huhuhu..Marketing yg sangat bagus hahahakz. Ayat power meka abang kacak !!! Akak !!! Murah Murah !!!



Ni barang souvenirs yg bole dibeli d pasar ben tahn ni. Harga lebih murah kalu pandai tawar menawar. So pegi byk kedai lu then bila dh jumpa harga bagus bolela g balik ke kedai td.



So ada satu kes ni rakan kerja aku order beg ni. Sebijik k. Dia beli kat Lot 10 n harganya seratus lebih. Orang Lot 10 cakap buatan Vietnam. So aku pn carik kat pasar malam. Memang jumpa sebijik. Guess what harganya hanya 9 ke 10 USD.. Giler babas kena markup di Kl.

Adik and mak aku banyak borong barang untuk dijual. And bila balik Malaysia semuanya habis terjual dengan lajunya. Kira bole buat biznes kannn.





Oh awek di atas tidak di jual di pasar Ben Tahn ok. Ni masa odw amik gambar kat pos office and awek2 ni pengapit pengantin yang ada sesi bergambor. So aku just snap2 ja sbb diaorg bagi respon yang baik.



Taksi and bangunan kerajaan di HCM...







Ni hotel yang kitaorg lepak Tan Hai Long Hotel & Spa http://tanhailonghotel.com.vn/

Jangan silap sbb diorang banyak hotel adik beradik ni dan semua berhampiran dengan Ben Tahn gak. So hotel ni adalah Tan Hai Long Hotel & Spa. Bertaraf 3 bintang ja tapi bersih dan selesa. Paling penting sangat dekat dengan Ben Tahn. Ada gak hotel lain sebelah2 hotel ni tp aku pilih hotel ni sbb dia amik and hantar pegi aiport free. So tak perlu nak pening2 kepala cari taxi ke aiport. Harga pun tak mahal and aku xingat berapa tp murah compare dgn yg lain yg setaraf dengannya. Kalu korang nak booking better check mana lebih murah samada kat Agoda, asiaroom or lain2 company tu. Dan mesti check gak harga kat web hotel itu sendiri sbb kkdg dia lbh murah. Sbb aku aritu mmg beli dari web dia sendiri sbb dia bagi pakej free amik and hantar aiport dan lebih murah dari agoda time tu. Better beli awal kau sudah ada tiket sbb harga hotel pun cepat berubah.

Dan ikot pintu belakang memang dekat dengan Ben Tahn terus nampak pasar tu. Pagi breakfast pun ada sudut makanan halal. Sebelah hotel pun ada kedai makan halal so jgn risau. Satu g hotel ni ada gak service tour stgh hari or full day n mcm2 lagi. So korang bole pilih mana2 yg korang nak. Kitaorg xpegi pun mana2 selain Ben Tahn huhuhu sbb kat sini pun rasa xcukup ja dalam 3 hari.



Ni merupakan restaurant melayu di HCM. Lokasi nya just sebelah hotel ja ikut pintu belakang. Dan xjauh dari Ben Thanh pun. Harga agak mahal sikitla so jgnla compare dengan harga di Malaysia ye. Makanan ok and sedap. Maybe sbb lapar dan terinin nak makan makanan buatan Malaysia kan hahahah..





Sebelah kedai ni ada gak gerai islam Hajah Basiron. Kedai ni bukan ja jual makanan halal tapi jual pakaian n telekung semua. Kdai ni sebelah ja dengan kedai restaurant Melayu tadi. So ada pilihan la kat area hotel tu.


Tips :

1) Pilih hotel bhampiran ben tahn ni xpayah nak amik hotel yang jauh2.
2) Kedai makanan Halal ada 3 ke 4 bhampiran dan sebelah hotel ja.
3) Kedai Halal agak mahal la sikit tp biasala kat overseas kan. kalu nk jimat bawala bekalan dari
rumah mcm maggi. Tapi sesekali spend n makan kat oversea so xpayahla berkira sangat
hahaha.
4) Jangan risau keselamatan disini, kerana anda seperti berada di Jalan TAR coz 60% yg
shopping and berada kat area tu adalah org Malaysia.
5) better guna USD supaya x pening kepala. xpun sstgh kedai bole RM. Jgn sesekali campur2 matawang sbb bila dia convert ke matawang dia jd mahal then korang jd confuse.






























9 comments:

Unknown said...

Wahh..siap dpt buat bisnes g..Siok jgk tu..

ro roy... said...

Ehhh baguslah blog ni...dapat byk infomasi ... teruskan ...

thegreenlatio said...

Ada jak Ro Roy tok..Tq Ro Roy haha

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Unknown said...

salam,saya nie kira baru la nak melawat ke vietnam..so saya nak tanya sikit..en pergi ke vietnam ikut pakej or sendiri???budjet harga ke vietnam berapa?pliss reply my msg
assap tq

thegreenlatio said...

suarkuyak,
wslm..oh sy g sndiri.budget depends dgn tiket,hotel n shopping.kalu nak tour bole amik ngan hotel.yg city tour ble g sndiri.nk g tunnel tu ble amik tour.klu g utk shopping amik hotel area situ.kbykn hotel offer aiport transfer..budget sy aritu utk 3 ari kurang seribu

Elle Aludra said...

Salam,very informative and detailed.
Senang nak paham..
Terima Kasih..

Yanieyusuf.com said...

menarik tq for the info..


www.yanieyusuf.com

zeta said...

nak tanya, tempah suit tu kedai mana? ingat tak? tq